Tuesday, June 23, 2009

Takaful Ikhlas Menang Anugerah


Kak Noor 0173907097
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi anugerah bagi kategori 'Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan', BrandLaureate-PKS 2008.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (gambar), baru-baru ini.
Syed Moheeb berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhan syarikat yang telah berusia enam tahun itu menjenamakan produk takaful di negara ini.
'Kami sangat berbesar hati menerima anugerah ini meskipun penglibatan kami masih baru dalam industri ini,' kata beliau dalam kenyataannya di sini.
Katanya, sebelum ini, syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produknya bagi memastikan ia memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia berjaya.
'Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima oleh penduduk Malaysia tetapi juga menyumbang kepada penjenamaan Takaful Ikhlas itu sendiri,' jelas beliau.
Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas bukan sahaja di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, syarikat telah memiliki pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment