Tuesday, June 23, 2009

Macamana Nak KLIM????



Dilanda tragedi dalam kehidupan? Adakah anda salah seorang daripada peserta kami? Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu. Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan. Antaranya:-
Tuntutan Kematian
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Manfaat Hospital (HB)
Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
Penyakit Kritikal
Manfaat Pendapatan Keluarga
Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga
1.
Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi talian 03-78011323 /1327 untuk mendapatkan borang tuntutan.
2.
Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka) yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar berdasarkan keadaan berikut:-
Wasi Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).
Hibah Yang DicadangkanKeterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat. Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
Orang Yang DiamanahkanKeterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh Orang (mereka) yang diamanahkan.
3.
Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.
4.
Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan Takaful IKHLAS.
5.
Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.
Senarai Dokumen-dokumen Sokongan Tuntutan


Dokumen Yang Diperlukan
Jenis Tuntutan
Kematian
Kehilangan Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
Manfaat Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan Keluarga **
Manfaat Pendapatan Hospital
Penyakit Kritikal
talian 03-78011312 / 1327
Senarai Dokumen-dokumen Sokongan Tuntutan


Dokumen Yang Diperlukan
Jenis Tuntutan
Kematian
Kehilangan Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
Manfaat Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan Keluarga **
Manfaat Pendapatan Hospital
Penyakit Kritikal
Borang Tuntutan
Keterangan Pegawai Perubatan
Sijil Kematian( telah disahkan) /permit pengkebumian
Sijil Asal Kontrak
Laporan Polis/ Laporan Post Mortem (Kes Kemalangan saja)
Bukti Umur seperti Salinan KP/Sijil Kelahiran
Bukti hubungan di antara pihak yang menuntut dengan peserta seperti : sijil perkahwinan
Borang Tuntutan Kemasukan Ke Hospital
Sijil Kemasukan Ke Hospital, jika diperlukan
Nota Pelepasan Keluar Hospital
Borang Tuntutan Penyakit Kritikal
Sijil Rawatan Perubatan (Penyakit Kritikal)
Laporan Perubatan Sokongan: seperti Laporan Patologi bagi kanser
Surat Pentadbiran





Claim Release Form
X
X



X


Note :

Takaful Ikhlas Pengendali Takaful Terbaik 2010



Kak Noor 0173907097
PETALING JAYA 16 Dis. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yakin muncul antara syarikat pengendali takaful terbaik dalam industri takaful di negara ini menjelang tahun 2010.
Presidennya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan syarikat yang di luar jangkaan, walaupun baru lima tahun beroperasi.
Malah, bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 31 Mac 2008, beliau optimis, kutipan premium kasar akan terus melonjak melebihi RM75 juta berbanding tahun lalu.
“Kami jangka dapat melepasi sasaran kutipan sebanyak RM320 juta pada bulan kesepuluh beroperasi iaitu pada Januari 2008,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Apabila ditanya sama ada pertumbuhan itu terlalu pantas, beliau berkata, Takaful IKHLAS telah ditubuhkan pada 2003 dengan persediaan perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang pada ketika itu.
“Kami akan memperkukuhkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk menghadapi cabaran daripada tujuh syarikat pengendali takaful di negara ini,” tambahnya.
Pada tahun lalu, Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad (MNRB) mengutip premium berjumlah RM224 juta.
Namun, kutipan premium bagi tempoh tujuh bulan tahun ini meningkatt keoada RM225 juta, manakala pada bulan seterusnya, syarikat itu telah mencatat kutipan sebanyak RM265 juta.
“Jumlah premium tahun ini mengatasi kutipan premium pada tahun lalu sebanyak RM41 juta, hanya selepas lapan bulan beroperasi pada tahun kewangan ini,” katanya.
Syed Moheeb berkata, pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh sokongan padu pihak bank, kematangan agensi dan skim kumpulan secara langsung menerusi broker dan ejen korporat untuk menggambarkan kredibiliti syarikat sebagai pengantara yang cekap.
“Kami akan meneruskan misi syarikat dengan berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” jelasnya.
Beliau berkata, tiga cawangan baru pejabat Takaful IKHLAS akan dibuka dalam waktu terdekat ini.
Katanya, cawangan di Putrajaya akan memulakan operasi Januari ini, manakala cawangan di Kuantan dan Melaka akan dibuka selepas Tahun Baru Cina tahun depan.
Pada masa ini Takaful IKHLAS beroperasi di enam cawangan iaitu Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sungai Petani.
“Mungkin tidak seperti pengendali takaful yang lain, kami tidak memerlukan pejabat cawangan yang terlalu banyak.
“Namun yang penting ialah membuka memilih lokasi yang strategik di negeri terbabit sebagai pejabat wilayah,” katanya.
Menurutnya, Takaful IKHLAS juga merasakan keperluan untuk memberi perkhidmatan sokongan di bandar-bandar kecil dapat disempurnakan melalui kecekapan perkhidmatan agensi dan penggunaan teknologi dalam operasi terutamanya sistem teknologi maklumat (IT).
Ketika mengulas mengenai perancangan 2008, Syed Moheeb berkata, syarikat akan menumpukan usaha untuk mengadakan pakatan strategik dengan lebih banyak institusi kewangan.

Takaful Ikhlas Menang Anugerah


Kak Noor 0173907097
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi anugerah bagi kategori 'Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan', BrandLaureate-PKS 2008.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (gambar), baru-baru ini.
Syed Moheeb berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhan syarikat yang telah berusia enam tahun itu menjenamakan produk takaful di negara ini.
'Kami sangat berbesar hati menerima anugerah ini meskipun penglibatan kami masih baru dalam industri ini,' kata beliau dalam kenyataannya di sini.
Katanya, sebelum ini, syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produknya bagi memastikan ia memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia berjaya.
'Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima oleh penduduk Malaysia tetapi juga menyumbang kepada penjenamaan Takaful Ikhlas itu sendiri,' jelas beliau.
Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas bukan sahaja di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, syarikat telah memiliki pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Utusan Malaysia

Monday, June 15, 2009

Riba dan Hukumnya



Kak Noor 0173907097
(1) Riba’ dihukumkan sebagai antara DOSA BESAR.
(2) Pemakan dan Pemberi RIBA’ perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam.
Firman Allah subhanahu wataala:
“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertobat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah: 279).
Ikhwanul muslimin, betapa beratnya ayat ini hendak kita terima. Bagi yang berhati lunak dengan agama, apabila dibaca ayat ini terasa gementar jasadnya, tak tertahan air mata…terus meluncur, bercucur. Gerun. Betapa Allah pujaan kita menyuruh kita agar isytiharkan perang denganNya dan RasulNya jika kita masih berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA. Ayat inilah yang membuatkan kita semua kuat terpanggil untuk menjauhi RIBA’.
Mahukah kita berperang dengan Allah dan RasulNya???
(3) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah subhanahu wataala:
”Allah menghancurkan keberkatan kerana RIBA dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”.(Al-Baqarah : 276)
Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam dari ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu:
Ertinya: ”Sesungguhnya RIBA walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, al-Hakim) – Musnad Ahmad, no 3754, 1/395; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)
Berkata Ibn Abbas radhiAllahu ‘anhu:
Ertinya: ”Tidak diterima dari pemakan RIBA’ (yang menggunakan harta RIBA’) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” – Al-Jami’ li Ahkami Quran, al-Qurtubi, 3/362; az-Zawajir, ibid, 1/224
Apa guna hidup tanpa barakah??? Hidup mungkin kaya, hasil pelaburan mungkin berganda. Namun, janganlah dengan mengejar kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita makin jauh dari rahmat Allah, malah mengundang murka Allah.
(4) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya : ”RIBA’ mempunyai 73 pintu, RIBA’ yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim) – Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 al-Hakim : Sohih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
(5) Lebih Berat Dari 30 Kali Zina.
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya: ”Satu dirham RIBA’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” (Riwayat Ahmad & ad-Dar Qutni) – Musnad Ahmad, 2/225; ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103
Cukuplah dengan dalil-dalil di atas bagi membuatkan kita cukup2 insaf dan gerun akan amaran/ancaman dan murka Allah subhanahu wataala berkenaan RIBA’.
Beralihlah ke sistem muamalah Islami yang pastinya bebas dari RIBA’. Berikut adalah antara perkara yang boleh menjuruskan kita kepada RIBA’:
Perbankan konvensional
Insurans konvensional
Urusan hutang piutang (tidak kira dengan institusi mahupun dengan individu seperti kawan, adik-beradik dll, apatah lagi dengan ah-long)
Urusan muamalah berkaitan item RIBAWI seperti emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
Menjebakkan diri dengan skim-skim simpanan/pelaburan/perniagaan yang meragukan dan tidak diperiksa akan kepatuhannya kepada prinsip syara’.
Saranan:
Beralihlah kepada Perbankan Islami.
Beralihlah kepada Takaful.
Tambahilah ilmu dengan mendekatkan diri kita dengan majlis ilmu. Agar kita berupaya mengenalpasti perkara2 berkaitan RIBA’, lantas menjadikan urusan muamalah seperti hutang dan berkaitan item RIBAWI menepati cara yang dibenarkan syara’.
Jauhilah perkara HARAM. Ambillah perkara yang HALAL. Jika kalian ragu-ragu samada ia HALAL atau HARAM, sesungguhnya menjauhinya lebih dekat dengan sifat TAQWA.

Wednesday, June 10, 2009

Fatwa Jakim Mengenai Insuran-Mesti Baca

Kak Noor Takaful

0173907097



Selaku umat Islam dan bila-bila masa akan kembali kepadaNya-berhati-hatilah dari segi halal haram kerana dia menjadi darah daging kita dan anak cucu kita...kita akan kembali kepadanya suatu hari nanti...Kak Noor


Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Ekonomi
Tajuk :
Insurans


Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.
Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 %>--->
Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970


Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu; a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) b. Mengandungi unsur judi. c. Mengandungi muamalah riba.

Insuran Haram-harus Baca


Norma 017-3907097
. Apakah maksud TAKAFUL?
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam. Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.
2. Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?
Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:- "Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepadamaslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans.
3. Mengapa insurans konvensional diharamkan?
Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-[a] Gharar''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.Ayat Quran yang bermaksud:- "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-i. Gharar di dalam hasil pertukaranApabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.ii. Gharar di dalam kadar pampasanDi dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaranBila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.iv. Gharar di dalam tempoh masaMengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.[b] Maisir'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.[c] Riba'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.
4. Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?
6. Apakah keindahan Takaful?

Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.