Monday, June 15, 2009

Riba dan Hukumnya



Kak Noor 0173907097
(1) Riba’ dihukumkan sebagai antara DOSA BESAR.
(2) Pemakan dan Pemberi RIBA’ perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam.
Firman Allah subhanahu wataala:
“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertobat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah: 279).
Ikhwanul muslimin, betapa beratnya ayat ini hendak kita terima. Bagi yang berhati lunak dengan agama, apabila dibaca ayat ini terasa gementar jasadnya, tak tertahan air mata…terus meluncur, bercucur. Gerun. Betapa Allah pujaan kita menyuruh kita agar isytiharkan perang denganNya dan RasulNya jika kita masih berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA. Ayat inilah yang membuatkan kita semua kuat terpanggil untuk menjauhi RIBA’.
Mahukah kita berperang dengan Allah dan RasulNya???
(3) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah subhanahu wataala:
”Allah menghancurkan keberkatan kerana RIBA dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”.(Al-Baqarah : 276)
Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam dari ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu:
Ertinya: ”Sesungguhnya RIBA walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, al-Hakim) – Musnad Ahmad, no 3754, 1/395; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)
Berkata Ibn Abbas radhiAllahu ‘anhu:
Ertinya: ”Tidak diterima dari pemakan RIBA’ (yang menggunakan harta RIBA’) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” – Al-Jami’ li Ahkami Quran, al-Qurtubi, 3/362; az-Zawajir, ibid, 1/224
Apa guna hidup tanpa barakah??? Hidup mungkin kaya, hasil pelaburan mungkin berganda. Namun, janganlah dengan mengejar kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita makin jauh dari rahmat Allah, malah mengundang murka Allah.
(4) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya : ”RIBA’ mempunyai 73 pintu, RIBA’ yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim) – Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 al-Hakim : Sohih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
(5) Lebih Berat Dari 30 Kali Zina.
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya: ”Satu dirham RIBA’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” (Riwayat Ahmad & ad-Dar Qutni) – Musnad Ahmad, 2/225; ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103
Cukuplah dengan dalil-dalil di atas bagi membuatkan kita cukup2 insaf dan gerun akan amaran/ancaman dan murka Allah subhanahu wataala berkenaan RIBA’.
Beralihlah ke sistem muamalah Islami yang pastinya bebas dari RIBA’. Berikut adalah antara perkara yang boleh menjuruskan kita kepada RIBA’:
Perbankan konvensional
Insurans konvensional
Urusan hutang piutang (tidak kira dengan institusi mahupun dengan individu seperti kawan, adik-beradik dll, apatah lagi dengan ah-long)
Urusan muamalah berkaitan item RIBAWI seperti emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
Menjebakkan diri dengan skim-skim simpanan/pelaburan/perniagaan yang meragukan dan tidak diperiksa akan kepatuhannya kepada prinsip syara’.
Saranan:
Beralihlah kepada Perbankan Islami.
Beralihlah kepada Takaful.
Tambahilah ilmu dengan mendekatkan diri kita dengan majlis ilmu. Agar kita berupaya mengenalpasti perkara2 berkaitan RIBA’, lantas menjadikan urusan muamalah seperti hutang dan berkaitan item RIBAWI menepati cara yang dibenarkan syara’.
Jauhilah perkara HARAM. Ambillah perkara yang HALAL. Jika kalian ragu-ragu samada ia HALAL atau HARAM, sesungguhnya menjauhinya lebih dekat dengan sifat TAQWA.

No comments:

Post a Comment