Tuesday, June 23, 2009

Macamana Nak KLIM????



Dilanda tragedi dalam kehidupan? Adakah anda salah seorang daripada peserta kami? Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu. Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan. Antaranya:-
Tuntutan Kematian
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Manfaat Hospital (HB)
Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
Penyakit Kritikal
Manfaat Pendapatan Keluarga
Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga
1.
Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi talian 03-78011323 /1327 untuk mendapatkan borang tuntutan.
2.
Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka) yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar berdasarkan keadaan berikut:-
Wasi Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).
Hibah Yang DicadangkanKeterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat. Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
Orang Yang DiamanahkanKeterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh Orang (mereka) yang diamanahkan.
3.
Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.
4.
Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan Takaful IKHLAS.
5.
Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.
Senarai Dokumen-dokumen Sokongan Tuntutan


Dokumen Yang Diperlukan
Jenis Tuntutan
Kematian
Kehilangan Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
Manfaat Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan Keluarga **
Manfaat Pendapatan Hospital
Penyakit Kritikal
talian 03-78011312 / 1327
Senarai Dokumen-dokumen Sokongan Tuntutan


Dokumen Yang Diperlukan
Jenis Tuntutan
Kematian
Kehilangan Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
Perbelanjaan Kematian Serta-merta
Manfaat Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan Keluarga **
Manfaat Pendapatan Hospital
Penyakit Kritikal
Borang Tuntutan
Keterangan Pegawai Perubatan
Sijil Kematian( telah disahkan) /permit pengkebumian
Sijil Asal Kontrak
Laporan Polis/ Laporan Post Mortem (Kes Kemalangan saja)
Bukti Umur seperti Salinan KP/Sijil Kelahiran
Bukti hubungan di antara pihak yang menuntut dengan peserta seperti : sijil perkahwinan
Borang Tuntutan Kemasukan Ke Hospital
Sijil Kemasukan Ke Hospital, jika diperlukan
Nota Pelepasan Keluar Hospital
Borang Tuntutan Penyakit Kritikal
Sijil Rawatan Perubatan (Penyakit Kritikal)
Laporan Perubatan Sokongan: seperti Laporan Patologi bagi kanser
Surat Pentadbiran





Claim Release Form
X
X



X


Note :

Takaful Ikhlas Pengendali Takaful Terbaik 2010



Kak Noor 0173907097
PETALING JAYA 16 Dis. – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yakin muncul antara syarikat pengendali takaful terbaik dalam industri takaful di negara ini menjelang tahun 2010.
Presidennya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan syarikat yang di luar jangkaan, walaupun baru lima tahun beroperasi.
Malah, bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 31 Mac 2008, beliau optimis, kutipan premium kasar akan terus melonjak melebihi RM75 juta berbanding tahun lalu.
“Kami jangka dapat melepasi sasaran kutipan sebanyak RM320 juta pada bulan kesepuluh beroperasi iaitu pada Januari 2008,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Apabila ditanya sama ada pertumbuhan itu terlalu pantas, beliau berkata, Takaful IKHLAS telah ditubuhkan pada 2003 dengan persediaan perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang pada ketika itu.
“Kami akan memperkukuhkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk menghadapi cabaran daripada tujuh syarikat pengendali takaful di negara ini,” tambahnya.
Pada tahun lalu, Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad (MNRB) mengutip premium berjumlah RM224 juta.
Namun, kutipan premium bagi tempoh tujuh bulan tahun ini meningkatt keoada RM225 juta, manakala pada bulan seterusnya, syarikat itu telah mencatat kutipan sebanyak RM265 juta.
“Jumlah premium tahun ini mengatasi kutipan premium pada tahun lalu sebanyak RM41 juta, hanya selepas lapan bulan beroperasi pada tahun kewangan ini,” katanya.
Syed Moheeb berkata, pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh sokongan padu pihak bank, kematangan agensi dan skim kumpulan secara langsung menerusi broker dan ejen korporat untuk menggambarkan kredibiliti syarikat sebagai pengantara yang cekap.
“Kami akan meneruskan misi syarikat dengan berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” jelasnya.
Beliau berkata, tiga cawangan baru pejabat Takaful IKHLAS akan dibuka dalam waktu terdekat ini.
Katanya, cawangan di Putrajaya akan memulakan operasi Januari ini, manakala cawangan di Kuantan dan Melaka akan dibuka selepas Tahun Baru Cina tahun depan.
Pada masa ini Takaful IKHLAS beroperasi di enam cawangan iaitu Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sungai Petani.
“Mungkin tidak seperti pengendali takaful yang lain, kami tidak memerlukan pejabat cawangan yang terlalu banyak.
“Namun yang penting ialah membuka memilih lokasi yang strategik di negeri terbabit sebagai pejabat wilayah,” katanya.
Menurutnya, Takaful IKHLAS juga merasakan keperluan untuk memberi perkhidmatan sokongan di bandar-bandar kecil dapat disempurnakan melalui kecekapan perkhidmatan agensi dan penggunaan teknologi dalam operasi terutamanya sistem teknologi maklumat (IT).
Ketika mengulas mengenai perancangan 2008, Syed Moheeb berkata, syarikat akan menumpukan usaha untuk mengadakan pakatan strategik dengan lebih banyak institusi kewangan.

Takaful Ikhlas Menang Anugerah


Kak Noor 0173907097
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) telah memenangi anugerah bagi kategori 'Jenama Terbaik dalam Produk Pelanggan-Penjagaan Kesihatan', BrandLaureate-PKS 2008.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Presiden dan Ketua Pegawai Ekekutif Takaful Ikhlas, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (gambar), baru-baru ini.
Syed Moheeb berkata, kejayaan itu membuktikan kesungguhan syarikat yang telah berusia enam tahun itu menjenamakan produk takaful di negara ini.
'Kami sangat berbesar hati menerima anugerah ini meskipun penglibatan kami masih baru dalam industri ini,' kata beliau dalam kenyataannya di sini.
Katanya, sebelum ini, syarikat telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti produknya bagi memastikan ia memenuhi permintaan pasaran dan nampaknya ia berjaya.
'Ini kerana produk-produk kami bukan sahaja mudah diterima oleh penduduk Malaysia tetapi juga menyumbang kepada penjenamaan Takaful Ikhlas itu sendiri,' jelas beliau.
Menurut Syed Moheeb, kemenangan ini merupakan platform terbaik bagi pihaknya untuk mengetengahkan jenama Takaful Ikhlas bukan sahaja di negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, syarikat telah memiliki pelbagai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Utusan Malaysia

Monday, June 15, 2009

Riba dan Hukumnya



Kak Noor 0173907097
(1) Riba’ dihukumkan sebagai antara DOSA BESAR.
(2) Pemakan dan Pemberi RIBA’ perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam.
Firman Allah subhanahu wataala:
“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertobat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah: 279).
Ikhwanul muslimin, betapa beratnya ayat ini hendak kita terima. Bagi yang berhati lunak dengan agama, apabila dibaca ayat ini terasa gementar jasadnya, tak tertahan air mata…terus meluncur, bercucur. Gerun. Betapa Allah pujaan kita menyuruh kita agar isytiharkan perang denganNya dan RasulNya jika kita masih berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA. Ayat inilah yang membuatkan kita semua kuat terpanggil untuk menjauhi RIBA’.
Mahukah kita berperang dengan Allah dan RasulNya???
(3) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah subhanahu wataala:
”Allah menghancurkan keberkatan kerana RIBA dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”.(Al-Baqarah : 276)
Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam dari ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu:
Ertinya: ”Sesungguhnya RIBA walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” (Riwayat Ahmad, al-Hakim) – Musnad Ahmad, no 3754, 1/395; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)
Berkata Ibn Abbas radhiAllahu ‘anhu:
Ertinya: ”Tidak diterima dari pemakan RIBA’ (yang menggunakan harta RIBA’) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” – Al-Jami’ li Ahkami Quran, al-Qurtubi, 3/362; az-Zawajir, ibid, 1/224
Apa guna hidup tanpa barakah??? Hidup mungkin kaya, hasil pelaburan mungkin berganda. Namun, janganlah dengan mengejar kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita makin jauh dari rahmat Allah, malah mengundang murka Allah.
(4) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya : ”RIBA’ mempunyai 73 pintu, RIBA’ yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim) – Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 al-Hakim : Sohih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
(5) Lebih Berat Dari 30 Kali Zina.
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya: ”Satu dirham RIBA’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” (Riwayat Ahmad & ad-Dar Qutni) – Musnad Ahmad, 2/225; ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103
Cukuplah dengan dalil-dalil di atas bagi membuatkan kita cukup2 insaf dan gerun akan amaran/ancaman dan murka Allah subhanahu wataala berkenaan RIBA’.
Beralihlah ke sistem muamalah Islami yang pastinya bebas dari RIBA’. Berikut adalah antara perkara yang boleh menjuruskan kita kepada RIBA’:
Perbankan konvensional
Insurans konvensional
Urusan hutang piutang (tidak kira dengan institusi mahupun dengan individu seperti kawan, adik-beradik dll, apatah lagi dengan ah-long)
Urusan muamalah berkaitan item RIBAWI seperti emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
Menjebakkan diri dengan skim-skim simpanan/pelaburan/perniagaan yang meragukan dan tidak diperiksa akan kepatuhannya kepada prinsip syara’.
Saranan:
Beralihlah kepada Perbankan Islami.
Beralihlah kepada Takaful.
Tambahilah ilmu dengan mendekatkan diri kita dengan majlis ilmu. Agar kita berupaya mengenalpasti perkara2 berkaitan RIBA’, lantas menjadikan urusan muamalah seperti hutang dan berkaitan item RIBAWI menepati cara yang dibenarkan syara’.
Jauhilah perkara HARAM. Ambillah perkara yang HALAL. Jika kalian ragu-ragu samada ia HALAL atau HARAM, sesungguhnya menjauhinya lebih dekat dengan sifat TAQWA.

Wednesday, June 10, 2009

Fatwa Jakim Mengenai Insuran-Mesti Baca

Kak Noor Takaful

0173907097



Selaku umat Islam dan bila-bila masa akan kembali kepadaNya-berhati-hatilah dari segi halal haram kerana dia menjadi darah daging kita dan anak cucu kita...kita akan kembali kepadanya suatu hari nanti...Kak Noor


Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Ekonomi
Tajuk :
Insurans


Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.
Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 %>--->
Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970


Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu; a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) b. Mengandungi unsur judi. c. Mengandungi muamalah riba.

Insuran Haram-harus Baca


Norma 017-3907097
. Apakah maksud TAKAFUL?
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam. Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.
2. Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?
Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:- "Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepadamaslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans.
3. Mengapa insurans konvensional diharamkan?
Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-[a] Gharar''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.Ayat Quran yang bermaksud:- "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-i. Gharar di dalam hasil pertukaranApabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.ii. Gharar di dalam kadar pampasanDi dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaranBila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.iv. Gharar di dalam tempoh masaMengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.[b] Maisir'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.[c] Riba'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.
4. Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?
6. Apakah keindahan Takaful?

Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.

Tuesday, June 9, 2009

Kod Babi-berhati-hati lerrrr


Kod Babi Pada Makanan
Salah seorang rakan saya bernama Shaikh Sahib bekerja
sebagai pegawai di Badan Pengawasan Obat & Makanan
(POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat
semua barang, makanan dan obat-obatan.
Produk apapun yang akan disajikan suatu perusahaan
pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih
dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Obat dan
Makanan Prancis dan Shaikh Sahib bekerja di Badan
tersebut bahgian QC , oleh sebab itu dia mengetahui
berbagai macam bahan makanan yang dipasarkan. Banyak
dari bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah
ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam
bentuk matematis seperti E-904, E-141.
Awalnya, saat Shaikh Sahib menemukan bentuk matematis
tersebut, dia penasaran dan kemudian menanyakan kode
matematis tersebut kepada seorang perancis yang
berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab
" KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Shaikh
Sahib dan dia kemudian mulai mencari tahu kode
matematis tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata
apa yang dia temukan cukup mengagetkan kaum muslim di
dunia.
Hampir diseluruh negara barat termasuk Eropa, pilihan
utama untuk daging adalah daging babi. Peternakan babi
sangat banyak di negara-negara tersebut. Di perancis
sendiri jumlah peternakan babi mencapai lebih dari
42.000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi
dibandingkan dengan hewan lainnya. Namun orang eropa
dan amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; dikemanakan
lemak-lemak babi tersebut ? jawabannya adalah:
Babi-babi tersebut dipotong di rumah-rumah jagal dalam
pengawasan Badan POM dan yang membuat pusing Badan
tersebut adalah membuang lemak yang sudah dipisahkan
dari daging babi.
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak
tersebut dibakar. Kemudian mereka berpikir untuk
memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal
ujicobanya mereka membuat sabun dengan bahan lemak
tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas
sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu
negara-negara di Eropa memberlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,
obat-obatan harus dicantumkan pada kemasan. Oleh
karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi
dicantukam dengan nama Pig Fat(lemak babi) pada
kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropa
selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang
masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga
menimbulkan defisit perdagangan bagi negara
pengekspor. Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan
dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor
yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru
senapan dibuat di Eropa dan diangkut ke belahan benua
melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu
berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga
bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerusakan
karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru
tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut
harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum
digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut
tersebar dan sampai ketelinga tentara yang kebanyakan
Muslim dan beberapa Vegetarian ( orang yang tdk makan
daging), maka tentara - tentara tersebut menolak
berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (
civil war ).
Negara-negara Eropa mengakui fakta tersebut dan
kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam
kemasan dengan menuliskan lemak hewan. Semua orang
yang tinggal di Eropa sejak tahun 1970 - an
mengetahuinya. Saat perusahaan produsen ditanya oleh
pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak hewan
tersebut, maka jawabannya bahwa lemak tersebut adalah
lemak sapi & domba, walaupun demikian lemak-lemak
tesebut haram bagi muslim karena penyembelihan hewan
ternak tersebut tidak mengikuti syariat islam. Oleh
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang
masuk ke negara-negara islam. Sebagai akibatnya,
perusahan-perusaha produsen menghadapi masalah
keuangan yang sangat serius karena 75% penghasilan
mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara
islam, dimana laba penjualan ke negara islam bisa
mencapai milliaran dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi
bahasa yang hanya dimengerti oleh Badan POM sementara
orang awam tidak mengetahuinya. Kode tersebut diawali
dengan kode E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di
banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta
gigi, sejenis permen karet, cokelat, gula-gula,
biscuit, makanan kaleng, buah-buahan kalengan dan
beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis
produk makanan & obat-obatan lainnya. Semenjak produk
- produk tersebut di atas banyak dikonsumsi oleh
negara-negara muslim, kita sebagai masyarakat muslim
tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit
masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan
seks bebas(kumpul kebo ).
Olehkarenanya, saya mohon kepada semua umat islam
untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk
yang akan kita konsumsi dan mencocokannya dengan
daftar kode E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kode-
kode berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita
beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk
dengan kode-kode tersebut di bawah ini mengandung
lemak babi.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214,
E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334,
E335, E336, E337, E422, E430,E431, E432, E433,E434,
E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492,
E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat islam
untuk mengikuti syariat islam dan juga memberitahukan
informasi ini kepada saudara-saurdara kita.
M.Anjad Khan Medical Research Institute United States
cokelat cadbury, ternyata ada kode E476, dikemasan
tertulis soya lecithin lho...dan udah ada label halal
dr MUI pula. gimana nih...
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. -Qs. 16 an-Nahl :125

Jangan Menyampuk

kak Noor 0173907097
Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara, "Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit" Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

sengau

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. (gambar - hiasan semata-mata)Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?""Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh."Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Talkin Orang Asli????Betul Ke ni???

Di sebuah kampung di pinggir hutan.. adalah seorang pakcik.. pakcik ni ada kenalan dengan orang2 asli di hutan tersebut. pada suatu hari pakcik ini serta beberapa orang melayu kampung masuk ke hutan untuk berjumpa dengan orang2 asli atas tujuan mendapatkan barang2 hutan untuk diniagakan.sampai di kampung orang asli tersebut.. ada berlaku kematian seorang pemuda bernama ajis (bukan islam) .. maka berlakulah proses untuk menyemadikan mayat tersebut.. setelah ditanam mayat itu tuk batin pun memulakan bacaan talkin versi orang asli.. mungkin diciplak dari talkin orang islam..begini bunyinya: "hai ajis mati juga kau ajis.. nanti akan datang dua orang besar.. bertanya soalan.. maka hendaklah kau ajis jawab dengan baik.. kerana mereka tidak tahu perkara yang tidak baik. bila orang besar itu pukul engkau sebelah kanan maka kau elaklah ke sebelah kiri jika orang besar itu pukul engkau sebelah kiri maka elaklah sebelah kanan jika orang besar itu pukul engkau dari sebelah atas kau elaklah ke sebelah bawah jika dia orang pukul dari sebelah bawah pandai-pandailah kau ajis..merah padamlah muka orang2 kampung yang kat situ menahan ketawa.. seorang asli bertanya kenapa? sedihhhh.. jawab seorang orang kampung

Monday, June 8, 2009

Ikhlas Education Takaful





Pengenalan
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education?
IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga 12 tahun.IKHLAS EDUCATION menyediakan faedah-faedah berikut: TEMPOH MATANG FLEKSIBELAnda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di antara 18 hingga 23 tahun.PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAIPengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari tahun ke-enam.MANFAAT BAGI TEMPOH MATANGApabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.KEMATIANSekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.PENGECUALIAN SUMBANGANSekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang.JUMLAH SUMBANGANJumlah sumbangan fleksibel.

Mengapa IKHLAS Education?
ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANGAnak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).PENAMBAHAN KADAR SUMBANGANSumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIKModel Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

Ikhlas Wanita Takaful





Pengenalan
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.


Jenis Pelan
Had Sepanjang Hayat
Kriteria
Plan A
RM50,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B
RM100,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C
RM50,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*
Plan D
RM100,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*


Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?
Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lainMemandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.*Semua faedah lain akan terhenti
Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?
Pengeluaran TunaiPengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar SumbanganSumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.
Faedah HayatSuatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.
Faedah Kehamilan*Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.* dengan pelan A dan B sahaja.
Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan
:
16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan
:
Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang HayatPelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan
:
Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan
:
15 – 49 tahun.


Ikhlas Saving Takaful



Pengenalan
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.
Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:•Tahap perlindungan bertempoh • Akaun Pelaburan
IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUHPelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.
MANFAAT TEMPOH MATANGApabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.
JUMLAH SUMBANGAN Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

Mengapa IKHLAS Saving Takaful?
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAIPengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGANSumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.
PILIHAN RIDER TAMBAHAN Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.
PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIKModel Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

Kak Noor 0173907097



Kumpulan Senaman Kak Noor



Senaman Oh SenamanAdakah anda cepat berasa letih? Jika ya! Ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walau sesibuk mana pun jadual harian anda, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam. Tidak bersenam bukan sahaja akan membuat kesihatan tubuh anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekali gus nampak tidak bermaya. Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam. Antara senaman senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :
Menaiki TanggaHampir setiap pejabat mempunyai tangga. Jadi, apa kata jika anda menggunakan tangga berkenaan ketika bergerak ke mana-mana kerana ini secara tidak langsung membantu anda menegangkan otot paha dan betis. Bagaimanapun, pastikan anda tidak memakai kasut yang bertumit tinggi kerana ia akan mendedahkan anda kepada risiko kecederaan ataupun tergelincir. Jesteru, pastikan kasut yang anda pakai sesuai dan selesa dipakai selain menyakitkan kaki. Selamat mencuba!
‘Skipping’ “Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jongging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.
PereganganPeregangan adalah antara perkara yang perlu anda berikan keutamaan sebelum melakukan sebarang senaman atau kerja-kerja lain. Peregangan penting untuk melegakan otot-otot anda dan bersedia untuk peringkat seterusnya. Peregangan juga dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan dapat memperbaiki ‘postur’ tubuh. Jadi, luangkan antara lima hingga sepuluh minit untuk melakukan peregangan.
Kajian menunjukkan kurang senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman dapat menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, mengelak kegemukan dan memberi keceriaan dalam kehidupan. Senaman juga mengurangkan serangan jantung, seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat sakit jantung.
Jangan mulakan dengan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung. Apabila mengambil bahagian dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda boleh berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.
Manfaat berjalan kakiJalan kaki adalah latihan yang baik untuk memulakan senaman yang dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk memaksimumkan latihan anda, cubalah berjalan kaki, sekurang-kurangnya satu jam di pagi hari. Untuk hasil yang lebih baik, awasi degup jantung anda pada 70% dari degup jantung maksimum anda (degup jantung maksimum sama dengan 90 degupan). Jalan kaki juga akan menguatkan semua otot di kaki dan dari satu jam berjalan cepat akan membakar sekitar 300 kalori.
Untuk senaman yang efektifSenaman meningkatkan daya tahan tubuh sehingga 80%. Tetapi jika anda tidak sihat, anda tidak digalakkan melakukan senaman. Untuk senaman yang efektif, jadualkan kekerapan bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Anggarkan masa untuk bersenam, minimum antara 10 hingga 20 minit setiap sesi. Tetapi sebelum bersenam, pastikan mulakannya dengan teknik memanaskan badan (warm up). Ketika bersenam, berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang. Selepas tamat senaman, akhir aktiviti anda dengan menyejukkan badan (cool down)

Takaful Ikhlas Implements Corporate sosial

Telkak norma 0173907097 atau emel norma_mahmood@yahoo.com

Takaful Ikhlas Implements Corporate Social ResponsibilityBy: Ramjit-->
PETALING JAYA, June 2 (Bernama) -- The Minggu Saham Amanah 2009 (MSAM 09) in Johor Baharu in April and the Program Bersama PNB organised by Permodalan Nasional Berhad (PNB) in Kuching in May, offered space and ample opportunities for companies as well as banking and financial institutions to reach out to their target groups.Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), a company offering products and Syariah-based financial protection services for one, made maximum use of the opportunity and platform to implement its corporate social responsibility (CSR).According to Takaful IKHLAS in a statement here today, in conjunction with the MSAM 09 and Program Bersama PNB, the company had undertaken various activities related to CSR such as a free medical examination and play activities with elements of education, apart from disseminating information on investments and financial planning to the community.Takaful IKHLAS also handed over zakat contributions while undertaking a blood donation campaign.Apart from helping in the social development of the local community, contributions as well as the community activities sponsored, were aimed at rewarding them irrespective of race or religion, the statement said.According to the statement, the free medical examination received encouraging response from the public. At the MSAM 09 in Johor Baharu, this activity saw the participation of 600 visitors over the two days it was held.Takaful IKHLAS also donated five nebuliser units -- equipment used by patients suffering from respiratory illnesses such as bronchitis and asthma-- to the Johor State Health Department.At the Program Bersama PNB 09 in Kuching, Takaful IKHLAS sponsored the prizes for a children's drawing competition. It attracted 500 children from 49 KEMAS kindergartens in Kuching.Takaful IKHLAS which began operations in July 2003 is a subsidiary of MNRB Holdings Berhad, an investment holdings company listed on the main board of Bursa Malaysia, with its main shareholder being PNB Berhad through Skim Amanah Saham Bumiputera.Takaful IKHLAS has two customer services centres in Kuala Lumpur and Selangor as well regional offices in Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Malacca, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh and Putrajaya.-- BERNAMA
We provide (subscription-based) news coverage in our Newswire service.
addthis_pub = 'setokin';

40 penyakit Kritikal yang di lindungi Takaful Ikhlas

40 PENYAKIT KRITIKAL
1) ANGIN AHMAR (STROK)
2) SERANGAN SAKIT JANTUNG
3) PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
4) LAIN LAIN PENYAKIT ARTERI KORONARI YANG SERIUS
5) ARTHERECTOMY KORONARY
6) PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
7) PEMBEDAHAN AORTA8) KOMA
9) TEKANAN DARAH TINGGI ARTERI PULMONARI PRIMER
10) KETUMBUHAN BENIGNA OTAK
11) RADANG OTAK (ENCEPHALITIS)
12) MENINGITIS BAKTERIA (radang pada membran otak & saraf tunjang akibat serangan bakteria)
13) KEROSAKAN BUAH PINGGANG
14) PENYAKIT SISTA MEDULLA
15) LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE) DENGAN LUPUS NEPHRITIS
16) PENYAKIT HATI YANG KRONIK
17) RADANG HATI FULMINANT akibat serangan virus1
8) PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
19) PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
20) KANSER
21) ANEMIA APLASTIK
22) PENYAKIT MOTOR NEURON
23) PENYAKIT PARKINSON
24) PENYAKIT ALZHEIMER/IRREVERSIBLE ORGANIC DEGENARTIV DISORDER
25) SINDROM APALLIC
26) MUSCULAR DYSTROPHY
27) MULTIPLE SCIEROSIS
28) POLIOMYELITIS
29) AIDS akibat pemindahan darah
30) PENYAKIT TERMINAL
31) HILANG UPAYA PENGLIHATAN / BUTA
32) KELECURAN UTAMA
33) HILANG UPAYA PERTUTURAN / BISU
34) HILANG UPAYA PENDENGARAN / PEKAK
35) HILANG UPAYA PERGERAKAN BEBAS
36) LUMPUH / PARAPLEGIA
37) TRAUMA KEPALA UTAMA
38) CARDIOMYOPATHY
39) PEMBEDAHAN OTAK
40) MANFAAT KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH

Kawan-kawan




ni gambar aku dan kawan-kawan opis ....sebenarnya kerja utamaku di jabatan Kerajaan.Biasalerrr...buat Kerja Takaful juga....2 dalam satu.Bes juga kerja jabatan kerajaan ni ...tapi biasa lerrr....cita-ciat punyaler tinggi melangit .ingin merubah kehidupan keewangan....

Pizza, Spaggeti yang di bat kawan-kawan

Sedang makan Pizza,spaggeti,yang di buat kawan2. Jumaat lepas punya lerrr bes, masa tu aku seperti biasa sedang tekun mengadap kerja...kawan2 ku sedang kecoh di dapur opis...rupanya tengah buat pizza...aku apa lagi...tinggallerrr kerja aku nak tau juga buat nya macam mana?? nanti kalau raya bgolehlerrr tukar nasi masak nasi dagang Mak aku kepada pizza..he..heh...tapi sampai sekarang aku tak buat lagi piza yang di pelajari tu ...
ini dia resepi nya ....TupperChef™ Pizza
1. Bahan-bahannya (Topping):

Dari kiri (atas) ke kanan (ikut jam):
a. Nenas – dipotong2 kiub
b. Cili Benggala (Capsicum hijau, merah, kuning) – dipotong2
c. Tomato –dipotong2
d. Tuna yang telah dimasak dan dilenyek2
e. Mozzarella cheese (kak rose kata kalau pakai keju biasa tak sedap)
f. Cendawan butang (tin) – dipotong2
g. Frankfurter ayam – dimasak dulu & dipotong2
h. Frankfurter daging – dimasak dulu & dipotong2
i. Bawang besar kuning – dipotong2
j. Tomato puree

2. Cara membuat doh:

Mula-mula masukkan tepung gandum atau tepung pizza satu kilo atau sepeket (ni bajet utk 6 pizza) ð
Taburkan serbuk Mauripan yeast sepeket (tapi seelok2nya 2 peket, bagi lembut)…
Taburkan daun oregano (penyedap rasa)…
ð
Masukkan sedikit minyak zaitun dan sedikit air garam…
Kemudian start uli, tambahkan tepung sesedap rasa…
ð
Kemudian uli dan uli dan masukkan lagi minyak zaitun jika perlu. Kemudian biarkan doh bagi naik sendiri.
1. Langkah demi langkah menyediakan topping:

Selepas diuli, letak sikit minyak zaitun dlm pan dan masukkan doh. Kemudian tekan2 dengan garpu buat lubang udara…ð
Kemudian letak tomato puree atas permukaan doh…

Susunkan frankfurter ayam secantik-cantiknya..
Dan letakkan tuna di atasnya…
ð

Taburkan juga cendawan butang yang enak rasanya…
Letak juga frankfurter daging sesedap makcik…
ð

Kemudian masukkan juga hirisan tomato…
Letakkan hirisan bawang kuning…
ð

Tidak dilupakan cili capsicum, kuning, merah dan hijau (colorful)…
ð
Yang ni mesti, iaitu nenas…sebab dengan adanya nenas, pizza bertambah enak sekali!


Takaful Ikhlas

Pelan Takaful Pilihan Ramai !!!

Pelan PERLINDUNGAN & SIMPANAN
untuk SEMUA


Pelan PERLINDUNGAN & SIMPANAN
untuk PENDIDIKAN ANAK



Pelan PERLINDUNGAN & SIMPANAN
untuk WANITA


Pelan PERLINDUNGAN Untuk
KENDERAAN



Pelan PERLINDUNGAN untuk
PERUBATAN & KOS-KOS PEMBEDAHAN HOSPITAL